
Pekerja Restoran 35 di Banda Hilir di sini memohon maaf kepada pelanggannya kerana gagal mengawal emosi sehingga mencetuskan kontroversi baru-baru ini.
Nor Abdilla Baharom, 39, yang juga anak ketiga kepada pemilik restoran asam pedas itu mengakui apa yang berlaku secara spontan dan menjadi kebiasaannya ketika menguruskan kedai milik keluarganya itu.
āBagi pihak kedai, saya minta maaf kerana waktu itu pun saya teremosi, naik angin dan meninggikan sikit suara kepada pelanggan kerana kadang-kadang ada juga kesilapan dari pihak pelanggan.
āTapi sejujurnya, bukanlah niat saya untuk sengaja bersikap marah-marah. Mungkin kita akan betulkan kesilapan itu di lain masa,ā katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mengulas lanjut Nor Abdilla berkata, dia berharap isu terbabit selesai dan menyerahkan sepenuhnya kepada orang ramai untuk memilih restoran asam pedas mana yang menepati citarasa mereka di Melaka.
āMana-mana (pelanggan) yang rasa tak sesuai dengan layanan saya itu, terpulanglah pada hak pelanggan masing-masing.
āTapi bagi pelanggan biasa yang tahu (perkhidmatan) kami, mereka tahu orang Melaka cakap memang kasar-kasar dan kuat tapi tak semua percakapan orang Melaka itu berbentuk makian,ā katanya.
Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette di restoran asam pedas berkenaan mendapati, ia tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan termasuk pelancong dari luar negeri sehingga ada yang sanggup beratur untuk menunggu giliran meja di premis terbabit kosong.
Sumber/Kredit: MalaysiaGazette via bawangchannel
PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply