Sedih Bila Sudah Biasa Main PUBG Mobile Nak Main PUGB Versi PC Tetapi Teruk Kena Marah

PUBG atau PlayerUnknown’s Battlegrounds adalah salah satu permainan pc dan mobile terbaik pada tahun 2018. Sebelum ini permainan komputer dan mobile dikuasai oleh Mobile Legends Bang Bang, Clash Of Clans, CSGO dan bermacam macam lagi.

Sila Ke Bawah Untuk Melihat Video

Permainan PUBG ini telah menjadi fenomena dalam dunia permainan online. Jika anda pergi kemana mana sahaja pasti anda akan nampak orang bermain permainan ini menggunakan telefon bimbit.

Permainan yang berkonsepkan pasukan dan peperangan ini dimainkan oleh lelaki dan wanita dan dari semua peringkat umur. Admin pernah nampak budak lelaki umur 5 tahun bermain PUBG dan dia agak handal.

Ada satu kisah yang admin nak ceritakan tentang PUBG ini. Suami Isteri hampir bercerai kerana permainanan ini.

“Minda dikawal, keluarga terabai”. Inilah yang terjadi pada masa kini angkara ketagihan terhadap permainan digital mudah alih.

Sejak akhir-akhir ini, permainan ini telah menjadi satu fenomena yang kian mendapat tempat di dalam jiwa masyarakat khususnya dalam kalangan anak-anak muda. Acap kali kita melihat permainan seperti PUBG, Mobile Legend (ML), Clash of Clans (COC) dan lain-lain terpapar di skrin telefon bimbit anak-anak muda tanpa menyedari pembaziran waktu yang dilakukan dan keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.

Hal ini menjadi satu kebimbangan apabila pasangan muda yang baru berkahwin turut terjebak dengan ketagihan ini sehingga boleh memberi kesan yang negatif terhadap institusi keluarga yang baru dibina. Kadar penceraian pada tahun 2016 telah mencatatkan sebanyak 48,077 kes penceraian. The Huffington Post telah melaporkan kira-kira 16 pasangan hampir bercerai dan terpaksa mendapatkan khidmat kaunselor kerana ketagih dengan permainan tersebut.

Mereka yang ketagih terhadap permainan rela berkorban untuk mendapatkan apa yang diimpikannya. Hal ini dinyatakan oleh seorang bekas pendidik di Chicago yang sanggup meninggalkan kerjaya semata-mata untuk bermain PUBG. Permainan ini nampaknya bukan sahaja ‘mengorbankan’ kerjaya seseorang, namun lebih parah apabila ia turut ‘mengorbankan’ rumah tangga seseorang. Si suami yang ketagihan permainan tersebut nekad menceraikan isterinya itu setelah wanita itu ‘menjual’ segala pencapaian permainan sehingga dia terpaksa bermula dari awal.

Peribahasa Melayu ada menyebut bahawasanya setiap penyakit mesti ada penawarnya, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. Mereka yang terlibat dalam ketagihan ini perlu ada kesedaran untuk mengubah sikap mereka tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Ini bukan bererti orang di sekeliling mereka tidak perlu memainkan peranan dalam usaha mengubah situasi yang kian membimbangkan ini.

Foto: Free Image

Antara solusi yang dapat diaplikasikan untuk mengatasi ketagihan ini adalah dengan mendapatkan kaunseling dan rawatan psikologi. Rawatan yang boleh dilakukan untuk mengawal ketagihan ini adalah dengan melakukan sesi kaunseling secara peribadi dengan pakar psikologi yang mahir dalam merawat pesakit yang mengalami ketagihan ini.

Cara rawatan ini adalah yang terbaik jika individu tersebut mampu untuk menanggung kos dan mencari pakar psikologi yang berkelayakan dan menepati kriteria untuk mengubati permasalahan ini. Walaubagaimanapun, pakar psikologi di dalam bidang perawatan ketagihan permainan digital mudah alih jarang ditemui pada masa kini.

Rawatan seterusnya ialah dengan melakukan terapi kekeluargaan. Cara ini termasuk dengan pengubahsuaian terhadap sistem kekeluargaan, cara berkomunikasi dan kelakuan ahli keluarga yang mungkin boleh menyumbang terhadap ketagihan yang melampau. Kebiasaannya terapi ini melibatkan kanak-kanak dan remaja. Terapi keluarga mungkin berguna untuk ketagihan permainan digital mudah alih, tetapi mungkin agak mencabar untuk semua ahli keluarga yang diperlukan untuk melakukan proses tersebut.

Terapi ‘Wilderness’ juga merupakan salah satu cara rawatan yang boleh diaplikasikan terhadap individu yang mengalami ketagihan permainan ini. Terapi ini melibatkan pengasingan individu secara menyeluruh dari persekitaran yang mana permainan digital dapat diakses. Terapi ini boleh mendatangkan kesan yang positif tetapi ia juga memerlukan pengeluaran kos yang agak tinggi berbanding dengan kos untuk berjumpa pakar kaunseling.

Sekiranya hal ini terus dibiarkan sahaja tanpa ada sebarang usaha untuk mengawalnya, ditakuti perkara ini akan menjadi “duri dalam daging” sekaligus akan menggadaikan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga yang dikecapi. SUMBER : Kampus UOLLS

BILA SUDAH SELESA BERMAIN MOBILE TETAPI INGIN BERALIH KE VERSI PC

Video parody ini dihasilkan oleh seorang lelaki yang diberi nama Putera Qamarul. Beliau mempunyai page bernama PQ Studio. Beliau diantara sosial media influencer yang banyak memuat naik video video parody tentang isu semasa.

Mari layan video beliau tentang PUBG dan pasti anda akan terhibur.

Edited By: KLV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*