Selamber Je Muka Kucing Ini Bila Bulu Dia Digunting. Tengok Muka Kucing Ini Geram Tak

Siapa tak suka kucing? Susah nak jumpa orang yang tak suka kucing. Pada yang alergik bulu kucing pun suka nak peluk kucing. Kucing antara haiwan yang paling manja dan jangan lupa Rasullulah SAW amat menyayangi kucing.

Tetapi berapa ramai antara kita yang betul betul menjaga kucing? Beri makan dan tukar pasir najis memang biasa tetapi menjaga kebersihan dan kecantikkan kucing berapa ramai yang lakukan?

Nak menjaga kecantikkan kucing bukan satu perkara yang murah. Kos penjagaan kucing memang mahal dan tidak semua mampu melakukannya. Tetapi jika anda jaga kebersihan kucing pasti kucing anda akan sihat dan ceria.

Selamber je Muka Kucing Tu Gunting Rambut

Video diatas menunjukkan seekor kucing comel sedang digunting rambut (bulu). Dengan reaksi muka kucing tersebut yang memang nampak sombong memang buat netizen teruja dan geram dengan kecomelan kucing tersebut. Hehe!

Tips Untuk Menjaga Bulu Kucing Yang Murah, Mudah dan Jimat

tips untuk menjaga bulu kucing yang murah, mudah dan jimat

Antara masalah yang dihadapi oleh pemilik kucing ialah kebiasaannya bulu kucing akan mudah gugur. Di sini kami nak berkongsi dengan anda cara untuk menjaga bulu kucing supaya tidak mudah gugur. Petua ini dikongsikan oleh pengguna Facebook yang juga merupakan pecinta kucing yang menggunakan nama akaun BAPA kucing.

Tips penjagaan bulu kucing.

Murah dan jimat.

Beri makan kuning telur setiap minggu. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Lagi kerap lagi bagus.

Kena ajar dari umur 3 bulan lagi. Kalau dah besar susah sikit untuk kucing anda makan. Cuba campurkan pada makanan dia. Beri makan masa dia lapar lagi senang.

SUMBER : SINAR

By: KL VIRAL

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*