Mereka Sanggup Habiskan 2400 Jam Melukis Di Atas Padang Pasir Dan Hasil Lukisan Tersebut Boleh Dilihat Dari Angkasa

Untuk menghasilkan satu seni banyak faktor kena ambil kira tetapi antara satu faktor penting adalah kesabaran. Tanpa kesabaran, seni ini tidak akan berjaya.

Kagum. Itu apa yang dapat digambarkan apabila melihat hasil karya seni pasir terbesar di dunia hingga boleh dilihat dari ruang angkasa.

Seni pasir berkenaan dihasilkan oleh pengkarya seni selama 2,400 jam, berkeluasan 15,876.22 meter persegi iaitu bersamaan dengan 12 kolam renang bersaiz Olimpik.

Rekod Dunia, 2400 Jam Dihabiskan Untuk Hasilkan Karya Seni Pasir Terbesar Hingga Boleh Dilihat Dari Ruang Angkasa

Difahamkan, imej seni pasir yang diberikan nama ‘Putera Kemanusiaan’ merupakan gambar Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah iaitu seorang Emir (Pemerintah) Kuwait.

Lukisan pasir ini secara keseluruhannya diukir daripada pasir batuan merah semula jadi. Lakarannya begitu besar sehinggakan Satelit Emirati, Khalifa Sat, boleh merakam imej berkenaan dari ruang angkasa.

Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu dilaporkan menghasilkan imej tersebut bagi menunjukkan rasa cinta mereka terhadap Kuwait sempena hari kebangsaan negara itu.

HASIL LUKISAN YANG BOLEH DILIHAT DARI ANGKASA

Image result for Sheikh Sabah Al-Ahmad sand

Untuk menghasilkan lukisan ini bukanlah sesuatu yang mudah terutama ia dilakukan diatas padang pasir.

Kesabaran yang tinggi diperlukan untuk siapkan seni padang pasir ini.

Mari lihat video tentang penghasilan seni padang pasir ini.

Sumber : Siakap Keli.

Notakaki : Kalau dalam Malaysia boleh ke buat perkara begini? huhu! Mana tau ada nak buat potret muka Boss ku ke .. macam menarik kan .. hahaha!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*