
Pagi ini, Noor Neelofa bersama suaminya telah hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan. Kedua-dua mereka yang kelihatan pakai warna sedondon berada di sana untuk prosiding dakwaan atas kesalahan merentas negeri untuk membeli karpet di Nilai 3 pada awal Mei lalu.
Neelofa & PU Riz mengaku tidak bersalah ingkar SOP PKPB
Sebaik tiba di perkarangan mahkamah, pasangan suami isteri ini terus dikerumuni pihak media sehingga masuk ke ruang perbicaraan. Walau bagaimanapun, Noor Neelofa Mohd Noor dan Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Usahawan dan selebriti tanah air, Neelofa serta suami yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lepas tiba di Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira pukul 8.50 pagi untuk prosiding pendakwaan. pic.twitter.com/00HUyX8yLk
— BERNAMA (@bernamadotcom) May 20, 2021
Neelofa Dikritik Hadir Prosiding Mahkamah Pakai Niqab, Tapi Face Mask Tiada?
Neelofa pakai purdah tapi nampak bentuk muka?
Sewaktu berjalan masuk ke mahkamah dan mengimbas kod QR MySejahtera, beberapa keping foto menampilkan pasangan terbabit oleh portal Malaysia Gazette nyata mencuri perhatian ramai. Walaupun dalam imej berpurdah, namun bentuk wajah seperti hidung dan mulut usahawan sensasi tersebut seolah-olah jelas kelihatan.
Pakai niqab memang tak perlu face mask ke? Nipis sangat, ke mata kita yang salah?
Rentetan itu, rata-rata netizen juga pertikaikan mengapa dia tidak memakai pelitup muka di sebalik kain niqab tersebut. Ada juga pihak yang berseloroh kali ini ia agak nipis jika dibandingkan dengan penampilannya sebelum ini.
Sumber/Kredit : Twitter Malaysia Gazette, kisahdunia
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply