
BANGKOK – THAILAND . Seorang pramugari disimbah air panas dari mangkuk mi segera oleh penumpang gara-gara tidak dapat duduk sebelah teman lelakinya?
Kejadian itu berlaku ketika pesawat dari syarikat penerbangan tambang rendah, dalam perjalanan dari Bangkok ke Nanjing, China.
Memetik Daily Mail, penumpang wanita dari China itu menyerang pramugari Thailand dengan melemparkan cawan mi segera apabila dia mengetahui dia tidak dapat duduk bersebelahan teman lelakinya.
Dalam suasana kecoh, penumpang dilihat mengeluarkan telefon pintar untuk merakam gambar pramugara yang menjerit kesakitan sambil menutup mukanya.
Meskipun terdapat seorang penumpang sukarela menukar tempat duduknya dengan wanita itu tetapi suasana dalam penerbangan itu semakin panas.
Kekecohan itu berterusan apabila seorang lelaki dipercayai teman lelakinya telah keluar dari kerusi dan terus memarahi dan mengancam untuk meletupkan pesawat gara-gara pramugari itu dibela rakan sekerjanya.
Bukan itu sahaja, lelaki itu turut membela teman wanitanya dengan memberitahu perbuatan tersebut tidak disengajakan.
Jelasnya, insiden itu berlaku ketika mereka sedang bertengkar dan pada masa sama pramugari itu memberi resit air panas yang dipesan mereka.
Susulan kejadian tersebut, perjalanan dilanjutkan hingga 90 minit sebelum pendaratan kecemasan dilakukan
Gara-gara insiden itu, tular beberapa keping gambar di lawan web sosial Weibo menunjukkan seorang lelaki bersama wanita keluar dari pesawat.
Pasangan itu telah menerima padah dengan perlu membayar 50,000 baht Thai (kira-kira RM6,352) sebagai pampasan kepada krew penerbangan yang cedera.
Wanita yang melemparkan cawan air panas dan mee itu dikenakan denda tambahan 200 baht Thailand (RM25). – Sumber : Sinar Harian
Memang lah customer is always right tapi itu tak bermakna kita boleh mengasari pekerja sesuka hati kita. Lebih-lebih lagi kalau pasal hal kecil je
Kesian dengan pramugari Air Asia ini, disimbah air panas oleh penumpang semata-mata tak dapat duduk bersebelahan dengan kekasihnya.
Mengamuk tak dapat duduk sebelah teman lelaki
Penumpang wanita, dari China menyerang pramugari Thai Air Asia. dengan melemparkan cawan mee apabila dia mengetahui bahawa dia tak dapat duduk bersebelahan dengan teman lelakinya dalam penerbangan charter dari Bangkok ke Nanjing, China.
Di saat suasana tegang, penumpang mengeluarkan telefon pintar mereka dan merakam gambar pramugrari tersebut yang cedera sambil menutup mukanya dan menjerit kesakitan.
Suasana dalam penerbangan menjadi huru-hara apabila pramugari tersebut disiram dengan air panas â biarpun ada seorang anak kapal lain dan bantu tukarkan tempat duduknya!
Apabila kapal terbang mendarat, pihak berkuasa menaiki pesawat dan penumpang diusir keluar bersama pasangannya
Teman lelaki penumpang âback upâ wanita dan buat ancaman untuk letupkan pesawat
Lapor Dailymail, semasa kekecohan berlaku seorang lelaki yang dipercayai sebagai teman lelaki wanita itu keluar dari kerusinya dan marah serta mengancam untuk meletupkan pesawat itu kerana atendan penerbangan yang cedera itu dibela rakan sekerjanya.
Bahkan, lelaki itu siap boleh kata insiden itu berlaku secara tidak sengaja. Menurutnya, ia boleh berlaku ketika pramugari sedang memberikan resit air panas yang dipesan di saat mereka sedang bertengkar.
Perjalanan terpaksa dilanjutkan lebih 90 minit, kembali ke lapangan terbang Bangkok. Buat pendaratan kecemasan
Disebabkan itu, juruterbang memutuskan untuk membatalkan perjalanan selama 90 minit ke China timur dan kembali ke lapangan terbang di Bangkok, di mana pesawat membuat pendaratan kecemasan.
Salah satu gambar yang muncul di laman web rangkaian sosial Weibo menunjukkan seorang lelaki yang membawa seorang gadis melalui kabin ketika dikawal oleh pihak berkuasa.
Diambil tindakan, dan dibayar pampasan kepada krew tersebut
Sumber :Â Dailymail.co.uk
Di lapangan terbang, pasangan itu terpaksa pulang ke rumah dalam penerbangan yang berbeza.
Pihak berkuasa China telah mengambil tidnakan pada pasangan itu.
Mereka dilaporkan telah diperintahkan untuk membayar 50,000 baht Thai (kira-kira RM 5,200) sebagai pampasan kepada krew penerbangan yang cedera. Wanita yang melemparkan cawan air panas dan mee itu dikenakan denda tambahan 200 baht Thailand (kira-kira RM 20.30).l
Leave a Reply