
Harapan untuk menyelamatkan 53 kru kapal selam Indonesia yang h.ilang semakin t.ipis, berikutan bekalan oksigen dalam aset itu dipercayai sudah habis, sekali gus mengubah fokus carian kepada mengeluarkan aset itu dari perairan ini.
Ketika ratusan anggota kes.elamatan terb.abit dalam o.perasi mencari dan meny.elamat (SAR) KRI Nanggala 402, pihak berkuasa memaklumkan, kapal buatan Jerman itu dilengkapi bekalan oksigen yang hanya bertahan untuk tiga hari sahaja selepas ia terp.utus hubungan pada Rabu lalu.
Namun, tempoh itu berakhir pada awal pagi hari ini dengan tiada tanda penemuan kapal selam terbabit bersama 53 krunya. KRI Nanggala 402 seberat 1,395 tan adalah satu daripada lima aset kapal Indonesia, hilang ketika menjalani l.atihan menggunakan t.orpedo di perairan Bali.
Kapal Selam milik Indonesia, KRI Nanggala 402 dipercayai kini dalam fasa teng.gelam susulan penemuan beberapa barangan dipercayai daripada kapal selam itu termasuk k.esan tumpahan minyak.
Menurut Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto, ia ditemui di permukaan sekitar kawasan pencarian.
āPagi tadi, merupakan tempoh terakhir bekalan oksigen di Nanggala selama 72 jam.
āAngkatan Laut (AL) TNI menemukan tumpahan minyak dan serpihan sebagai b.ukti kukuh menunjukkan KRI Nanggala dalam fasa tenggelam,ā jelasnya dalam sidang media di Bali pada Sabtu.
Sementara itu, Panglima Angkatan Laut TNI, Laksamana Yudo Margono memaklumkan s.erpihan-s.erpihan yang ditemukan terapung di perairan Bali itu diyakini dari komponen kapal selam buatan Jerman itu.
Antara yang ditemukan, pelurus tabung p.eluru t.orpedo, paip pendingin serta botol berwarna oren mengandungi minyak pelincir kapal selam terbabit.
āDitemukan beberapa kepingan dan barang di sekitar lokasi terakhir kapal menyelam yang diyakini bagian komponen kapal selam.
āIni (serpihan) ini tidak akan terapung jika tiada tekanan atau keretakan pada kapal selam itu,ā katanya.
Tambahnya, tiada kapal lain berada di sekitar 10 batu nautika di kawasan pencarian selain Nanggala kata Yudo.
KRI Nanggala h.ilang pada Rabu lalu ketika latihan me.nembak to.rpedo.
Beberapa negara termasuk Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat turut menyalurkan b.antuan dalam o.perasi meng.esan kapal selam terb.abit
Sumber/Kredit : AstroAwani via OnlinMalaya
PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply