Jiran Buat Laporan PoIis Ternampak Macam Ada Orang Bnuh Diri. Bila Polis Sampai Semua Pakat Tergelak

Pagi tadi lebih kurang jam 5am, ada org datang ke rumah. Ketuk pintu punya la kuat. Kami pulak tengah tidur kat atas.

Kebetulan hujan tengah lebat sangat, jadi memang tak berapa nak dengar orang panggil dan ketuk pintu. Sudahnya, orang tu siap panjat pagar nak ketuk sliding door.

Saya tak sedar sangat, mamai je. Duk fikir, mimpi kut. Mujurlah hari tu suami ada kat rumah. Ye la, kami baru pindah masuk rumah tu kan.

Bila dengar ketukan kat sliding door, suami turun. Tiba-tiba, saya terdengar suara orang lelaki bercakap-cakap. Then ternampak 3 orang lelaki berpakaian seragam polis naik ke atas sampai ke bilik.

Sudah.. mimpi ke betul ni? Jantung laju, tapi masih dalam keadaan separa sedar. Letih sangat, anak asyik meragam.

Saya tak pasti apa yang dibincangkan dengan suami. Dengar suara bercakap-cakap, tapi tak jelas.Ā Risau jugak waktu tu. Jam 5am polis datang rumah, siap masuk dan ke tingkat atas terus. Ada apa hal sebenarnya?

Tapi disebabkan keletihan dan mengantuk yang teramat, saya terlena balik. Dan terus menganggap yang semua tu hanya mimpi je.

Esok paginya, waktu saya turun ke bawah nak siapkan sarapan Hani, suami saya bukak cerita. Saya terus sedar yang semalam tu bukan mimpi.

Rupanya sebelum hujan lebat tu, jiran belakang rumah saya call polis. Katanya ada orang bnuh diri kat rumah kami. Ada orang gant0ng diri kat bilik belakang tu. Bilik belakang adalah bilik saya menjahit. Dengar je cerita tu, saya pun ORANG GANT0NG DIRI??!!

Kecut perut waktu tu. Rasa nak tercabut jantung dengar. Tapi suami saya boleh pulak dia ketawa.Ā Rupa-rupanya..

Jiran saya nampak manequen ni. Jarak rumah kami dengan rumah belakang, memang dekat. Saya pulak baru pindah, tingkap takde langsir. Sliding window, bila malam, lampu pasang, nampak samar-samar ke dalam rumah.

Manequen saya ni, ada sambungan kepala yang saya buat sendiri. Asalnya takde kepala. Tapi saya tambahkan kepala tu sebab saya jual tudung. Duk snap gambar la. Kepala tu pun saya gam pakai glue gun je. Tak cukup kuat lekatnya. Masa proses mengangkut barang nak pindah, terpeleā€™ot la kepala tu, jadi macam dalam gambar la.

Dari rumah jiran, dalam samar-samar cahaya yang tembus masuk ke bilik kami, dia nampak manequen dengan kepala terpeleā€™ot ni dalam bentuk silhouette je. So dia assume, itu adalah orang gant0ng diri.

Elok pulak sebelum tu si Hani menangis tak henti-henti. Sampai jam 3 pagi taknak tidur, meragam je. Suara dia dah la nyaring. Mungkin jiran saya duk fikir yang Hani menangis sebab saya dah m4ti gant0ng diri.

Saya punya gelak tak ingat dunia masa ni.

Tapi bagus sangat jiran kami ini. Concern dia cukup tinggi. Jiran macam ni la yang kita patut jadi. Ambik berat, bukan menyibuk tau.

Dan polis tu pun cukup bagus buat kerja. Bila suami saya bukak pintu, dorang tanya dan suami saya jelaskan, dorang tetap nak naik atas dan periksa sendiri. Saya yang tidur pun sebenarnya dorang jenguk waktu tu sebab nak pastikan sah laporan yang diterima tu, tak berlaku.

In the end, dengan polis tu sekali gelak berjemaah Satu kisah lucu yang ada banyak ibrah hehe.

Ini kisah 9 tahun dulu. Saya tuliskan semula. Kejadian berlaku di rumah di Taman Ipoh Jaya. Hari kedua saya pindah masuk ke rumah tu. Hani pun baby lagi. Sebab tu meragam tak hingat hehe.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro dan FB Nini Ruspawan

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*