Viral skuad Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam, kelibat pemain lsIam jadi perhatian

Kegembiraan orang ramai apabila skuad Harimau Malaya berjaya mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 selepas 42 tahun menunggu pastinya tidak dapat digambarkan, begitu juga dengan skuad pemain-pemain.

Bagaimanapun, telah tular satu video memaparkan beberapa pemain skuad berkenaan sedang meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 yang dipercayai berlaku di kelab malam.

Menerusi satu video berdurasi lapan saat yang tersebar di media sosial dan Whatsapp, antara pemain yang dilihat berada dalam video itu adalah Junior Eldstal, La’Vere Corbin-Ong, Dominic Tan dan Darren Lok.

Walau bagaimanapun, terdapat juga seorang  pemain yang beragama Islam turut kelihatan dalam video berkenaan dan sedang memegang sesuatu di tangan yang dipercayai rokok hingga menjadi tanda tanyapersoalan warganet.

Dalam pada itu, menerusi temubual portal HarimauMalaya bersama seorang pemain iaitu Junior Eldstal menjelaskan keadaan yang sebenar.

“Saya tahu ramai salah faham dengan video tersebut terutamanya di sini (Malaysia) yang boleh memperlihatkan tidak baik. Saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut mengenai video itu tetapi terdapat pemain-pemain bukan Muslim bersama.

“Apabila sesuatu yang berlaku seperti ini iaitu berjauhan dengan keluarga dan rakan selama sebulan dan kemudian berjaya mengecapi kejayaan ia satu momen yang cukup bahagia untuk kami keluar dan meraikannya,”¬†katanya.

Sebelum ini, Harimau Malaya berjaya mara ke pusingan akhir selepas menewaskan Bangladesh 4-1 dalam perlawanan terakhir kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Klik Disini Untuk Lihat Video Dari Tlkt0k

Sumber/Kredit:Twitter BH/ TikTok (sembangkaribola)

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*