Kemalangan Pelik Tapi Kelaka?, Selepas Tahu Identiti Pemandu Semua Setuju Tak Ada Siapa Yang Salah

BARU-BARU ini tular satu rakaman video pendek di mana terdapat kemalangan kecil melibatkan dua buah kenderaan yang menyebabkan ramai warganet berasa geli hati.

Dalam video pendek berdurasi hampir 40 saat itu, kelihatan dua buah kereta berwarna merah telah melanggar antara satu sama lain semasa kedua-kedua pemandu cuba keluar daripada parkir kereta.

Sejurus perlanggaran kecil itu berlaku, pemandu dan penumpang kedua-dua buah kenderaan terbabit keluar untuk melihat keadaan bahagian belakang kereta masing-masing.

Yang mencuri tumpuan ramai apabila melihat kedua-dua kereta Honda City dan Proton Saga itu berwarna merah dan dipandu pula oleh wanita.

Dengan tagline ‘Wanita Tidak Pernah Salah’, membuatkan orang ramai berseloroh menyatakan kedua-dua pemandu langsung tidak bersalah dalam kemalangan kecil ini.

Netizen turut highlight sebuah Perodua Myvi selamat daripada tersepit semasa lalu di antara kedua-dua kenderaan terbabit sebelum kemalangan kecil itu berlaku.

Setakat artikel ini ditulis, video asal yang tular itu telah mendapat hampir 4,000 kali perkongsian dan ribuan komen daripada warganet.

Dalam banyak-banyak rakaman video dashcam yang pernah dikongsikan oleh orang ramai, rasanya ini merupakan kejadian kemalangan kecil yang paling unik dan mencuit hati sekali — jantina pemandu, warna kereta, posisi parkir, masa keluar dari tempat kereta adalah sama.

Rakaman yang tular

Reaksi beberapa warga maya

Sumber/Kredit: kini berita

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*