Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara Bersumpah, Baru Dia Akan Berhenti Buat Kajian…

Biarlah dikecam netizen, bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad masih ingin teguh dengan kenyataan beliau mengenai saiz matahari dan bulan yang didakwa hampir sama.

Suhaimi mencetuskan kontroversi lagi apabila mencabar pula angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muzapkhar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa bumi itu bulat sfera. Pada masa yang sama, beliau berjanji akan menghentikan kajiannya dan menolong berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ yang mempercayai bentuk bumi ini rata.

Jika sebelum ini Suhami Saad mengeluarkan kenyataan mengenai saiz matahari dan bulan yang didakwa hampir sama, kini dia mencabar pula angkasawan negara untuk bersumpah.

Suami kepada Ina Naim itu secara terbuka mencabar Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah mengatakan bumi ini berbentuk sfera.

Malah, Suhaimi dengan nama facebook Mosus juga berjanji untuk menghentikan kajiannya jika Dr Sheikh Muszaphar Shukor berani berbuat demikian dan menolong berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ supaya insaf.

Cabar Dr Sheikh Muszaphar bersumpah

Tidak cukup dengan itu, Suhaimi turut meminta netizen untuk menunjukkan kepadanya di mana langit dunia seperti disebutkan dalam surah al-Mulk.

Dr Sheikh Muszaphar telah ke angkasa lepas dalam satu misi pada tahun 2007 lalu dalam Program Angkasawan Malaysia.

Pada masa yang sama, seoarang netizen telah meminta pendapat Suhaimi di ruangan komen status berkenaan bagaimana penerbangan Tokyo ke San Francisco perlu melalui laluan ditunjukkan dan tidak merentas benua Afrika dan Eropah.

Netizen komen minta pendapat kena block

Suhaimi bukannya menjawab persoalan tersebut, tetapi menyekat facebook individu tersebut. Malah, tindakan menyekat ‘haters’ di facebooknya turut didakwa sebagai amalan yang diberi pahala.

Suhaimi dikenali sebagai antara ibu bapa yang menolak vaksin dan tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah. Lebih selesa untuk mengajar sendiri anaknya di rumah sahaja.

Ini respon Suhaimi

Antara komen netizen :

Shahafizal Ahmad Nazri –Negara mana yg duk tepi skali?kena pasang tembok tinggi la takut budak2 main basikal lajak terlajak ke tebing jatuh kat planet pluto plak 🤣

Eddie Guerero –Negara Mana dapat Corner Lot? untung la ada tanah lebih

Faris Faris –Aku tak kisah dia pertikaikan bentuk bumi bulan.. Yg aku kesian anak anak dia tak sekolah

Mohd Fakrul Radzi –Ko tafsirkan AlQuran ikut imaginasi sendiri tanpa bersandarkan pada ilmuan-ilmuan yg arif dalam bidang ini.

Di ciptakan Malaikat dari Cahaya. Satu sayap malaikat mampu utk menutup keseluruhan muka bumi ni, sedangkan satu malaikat mempunyai ribuan sayap. Macamana ko nak imagin malaikat boleh turun ke bumi? Bagaimana Jibril bertandang ke bumi berjumpa Muhammad s.a.w?
Jgn tafsir ikut akal…. sebab ilmu manusia tak cukup kalau nk dibandingkan dgn ilmu Allah.
Belajarlah, jangan sombong.

Azizi Md Noor –dia yang gi sekolah, diajar oleh cikgu2 yg bertauliah pun boleh jadi bebal macam ni. Bayangkanlah mcm mana nasib anak2 dia yang tak dihantar lansung ke sekolah dan diajar sepenuhnya oleh dia. Kurang2 keluar teori bumi berbentuk macam kepala sin chan

Sumber: Suhaimi Saad, Mazfahmi Marzuki via ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*