Terkejut Pekerja Kedai Serbaneka Ini Bila Pelanggan Mereka Seekor Lembu. Apa Yang Lembu Ini Beli Sebenarnya

SUASANA di Taman Sentosa, Klang gempar seketika apabila dua lembu jantan ‘membeli belah’ di sebuah kedai serbaneka di kawasan itu Jumaat lalu.

Dalam kejadian 11 pagi itu, dua haiwan terbabit dikatakan memasuki premis berkenaan kerana kelaparan mencari makanan.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Lin, 30, berkata, ketika kejadian dia membeli barangan keperluan dan terdapat lima pelanggan serta tiga pekerja premis itu.

“Ketika membeli barangan kering, saya terkejut apabila dua lembu tiba-tiba datang dengan seekor memasuki premis itu.

“Lembu itu dipercayai mencari makanan dan pelanggan serta pekerja memberikan roti sebelum haiwan itu beredar,” katanya.

Lin berkata, kejadian itu kali pertama berikutan pemiliknya membiarkan haiwan berkenaan berkeliaran.

“Kebiasaannya, lembu itu hanya meragut rumput di tepi jalan namun tidak sangka sehingga memasuki pasar raya.

“Namun, mujur tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norhafiza Mahfuz berkata, tindakan sita terhadap haiwan berkenaan boleh diambil termasuk mengenakan kompaun kepada pemiliknya.

“Membiarkan lembu berkeliaran di tempat awam adalah kesalahan kerana mengganggu ketenteraman awam dan keselamatan jalan raya,” katanya.

Sebelum ini, satu video tular di laman Facebook (FB) yang memaparkan dua lembu itu dilihat berlegar-legar di hadapan premis berkenaan.

Sumber Artikel : HMETRO ONLINE

Notakaki: Rasa rasa lembu ini datang bawak beg plastik sendiri ke tak? hahahaha! macam macam hal dunia nak masuk 2020 ni.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*