TMJ Disiasat Netizen Gara Gara Muat Gambar Di Instagram

Dikhabarkan Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedang berada di Argentina ketika ini bersama keluarga bagi menghadiri kejohanan Polo.

“Bersangka baik lah, Google yang curi gambar dia.” – Netizen

Ini adalah salah satu komen netizen yang kita boleh jumpa di Instagram TMJ mengenai gambar percutian terbaru beliau.

Dan sudah menjadi rutin bagi sesiapa yang melancong untuk memuat naik gambar percutian mereka ke media sosial. TMJ turut tidak terlepas.

Tapi apa yang menarik perhatian netizen adalah gambar di bawah ini:

Image from Instagram @hrhcrownprinceofjohor

Gambar lautan biru dengan latar belakang gunung menakjubkan beserta caption yang dipetik daripada lagu Right Above It nyanyian Lil Wayne ini menunjukkan seperti TMJ sedang benar-benar menikmati percutiannya bersama keluarga tercinta.

Siapa-siapa yang melihatnya pun pasti akan rasa teruja!

Rupa-rupanya, gambar tersebut bukanlah milik TMJ

Selepas disiasat, netizen membongkarkan bahawa gambar tersebut merupakan milik seorang personaliti Internet terkenal dan penjudi profesional dari USA iaitu Dan Bilzerian.

Dan Bilzerian yang begitu popular dengan gaya hidup mewah telah memuat naik gambar itu pada 17 Ogos 2017. Menarik juga, gambar itu bukan diambil di Argentina tetapi di Pulau Bora Bora di French Polynesia.

Image from Instagram @danbilzerian

Lebih lucu, netizen turut meneliti kemasan editing pada gambar yang dimuat naik TMJ itu

Gambar itu jelas sekali menunjukkan sedikit kecacatan pada dua bahagian iaitu gelas minuman dan juga pinggan.

Siap ada yang tanya, “Teh ais memang ada oren kat tepi ke?”

Now you see it

NOTAKAKI: Setelah diperiksa gambar tersebut telah dibuang dari Instagram TMJ.

Ini bukanlah kali pertama TMJ dipersenda sebegini:

Pada 7 September 2018, penyerang sensasi pasukan Tottenham Hotspur dan England, Harry Kane memuat naik gambar sepasang kasut jenama Nike

Difahamkan, kasut emas itu merupakan keluaran terbaru Nike yang direka khas untuk pemain tersebut sempena perlawanan England menentang Sepanyol di Stadium Wembley.

Nike turut meletakkan logo pasukan England iaitu ‘The Three Lions’ pada kasut tersebut.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi Twitter dilihat telah memuat naik gambar yang sama, iaitu gambar kasut emas tersebut beserta caption ‘Thanks Nike’

Image from Twitter @HRHJohorII

Namun, gambar itu ada sedikit perubahan

Jika diperhatikan betul-betul, terdapat perubahan kecil pada gambar yang dimuat naik oleh TMJ itu.

Kali ini, logo ‘The Three Lions’ pasukan England telah ditukar kepada logo JDT.

Kasut Harry Kane (kiri) dan kasut TMJ

Melihat pada gambar tersebut, sesetengah netizen berasa curiga terhadap ketulenannya dan menganggap gambar itu telah pun diedit menggunakan Photoshop

TMJ selepas itu mengakui bahawa gambar itu memang milik Harry Kane, namun berkata Nike turut menghasilkan sepasang kasut emas yang sama, khas buat baginda

Image from Twitter @HRHJohorII

Tidak perlu lah kita bersangka buruk. Cuba bersangka baik. Tu je nak cakap …

Artikel Kredit : SAYS

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*