Video Budak Sumbat Lagi Seorang Budak Dalam Mesin Dobi Dan Pintu Terkunci. Dan Netizen Mula Kecam Ibu Bapa Budak Budak Ini

Rasanya selepas ini kerajaan kena letak undang undang supaya setiap kedai mesin dobi layan diri harus ada pengawal keselamatan atau pekerja yang menjaga premis tersebut 24 jam.

Perkara terperangkap dalam mesin dobi macam dah jadi perkara biasa dan tahun ini sahaja dan berapa banyak kes tular di media sosial.

‘Bodoh, menyusahkan orang!’ – Netizen bengang ibu bapa tak awasi anak-anak sehingga terperangkap dalam mesin basuh.

Viral di media sosial video seorang kanak-kanak lelaki terperangkap dalam mesin basuh di dobi layan diri.

Berdasarkan video berdurasi 7 minit itu menunjukkan kanak-kanak itu duduk di depan penutup mesin tersebut sebelum masuk ke dalam.

Tidak beberapa lama kemudian, rakannya datang lalu menutup penutup mesin itu. Namun rakannya menjadi panik apabila pintu itu tidak dapat dibuka.

Kejadian itu disedari oleh seorang lelaki yang berada di tempat kejadian, terus meminta bantuan dari pelanggan lain yang berada di premis itu.

Mangsa akhirnya dapat dikeluarkan setelah pintu mesin itu berjaya diumpil menggunakan batang besi.

Kejadian itu menimbulkan rasa kesal netizen yang menyalahkan ibu bapa tidak mengawasi anak-anak mereka sehingga melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya.

“Ibu bapa berhati-hatilah dan awasi anak-anak bila membawa mereka ke kedai dobi layan diri. Jangan sampai merosakkan mesin dobi,” kata netizen.

Video Penuh Kejadian

Perkara ini harus diambil serius bermula dari sekarang kerana perkara ni melibatkan nyawa terutama kanak kanak. Ibu bapa pun harus jangan leka dengan handphone dan hanyut di dunia alam maya sehingga leka untuk menjaga keselamatan anak anak sendiri.

Sumber ArtikelThe Reporter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*