Wanita Ini Dikecam Kerana Swatofo Di Tempat Benc4na. Akhirnya Wanita Ini Tampil Buat Penjelasan Sebab Sebenar Kenapa Dia Ambil Gambar

Carita, Indonesia: Valentina Anastasia sanggup memandu kereta selama tiga jam dari Jakarta ke wilayah Banten yang teruk dilanda tsun4mi baru-baru ini semata-mata untuk merakam swafoto sebelum dimuat naik ke laman sosial miliknya.

“Saya ingin melihat lokasi benc4na, kerosakannya dan mangsa yang terjejas,” katanya ketika ditemui wartawan The Guardian, Jamie Fullerton.

Apabila ditanya Fullerton berapa banyak gambar yang dirakamnya, gadis berusia 18 tahun itu tersenyum sambil berkata: “Banyak, untuk media sosial dan kumpulan WhatsApp.”

Dia kemudian merakam lagi swafoto dengan latar belakang pasukan penyelamat mengeluarkan kenderaan yang rosak.

Selain Valentina, ramai lagi sanggup datang ke kawasan yang dilanda tsun4mi pada 22 Sabtu lalu semata-mata untuk merakam swafoto bagi mendapatkan ‘like’ di laman sosial mereka.

INI SEBAB KENAPA WANITA INI RAKAM SWATOFO

Seorang lagi wanita, Solihat bersama-sama beberapa rakannya memandu kereta dari Cilegon bagi membawa sejumlah pakaian terpakai untuk didermakan kepada mangsa benc4na di Banten.

Mereka menggunakan peluang itu untuk merakam swafoto di kawasan berkenaan.

“Gambar ini saya muat naik di Facebook sebagai bukti kami datang ke sini dan menghulurkan bantuan,” katanya.

Solihat memberitahu, mereka merakam swafoto di kawasan benc4na kerana mahu menunjukkan kerosakan yang berlaku dan berkongsi kesedihan dengan orang ramai.

“Bergantung kepada niat. Jika bergambar untuk menunjuk-nunjuk, jangan. Tetapi kalau untuk berkongsi kesedihan dengan orang lain, ia okey sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, beberapa gambar yang dirakam Fullerton tidak menunjukkan mereka yang merakam swafoto di lokasi benc4na itu mempamerkan kesedihan.

Malah, Fullerton turut melihat seorang wanita meranduk air banjir di satu kawasan lapang selama setengah jam semata-mata untuk merakam swafoto dengan sebuah kenderaan yang musnah.

Sumber ArtikelHMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*