BERMULA pada tarikh 22 hingga 27 Januari, tujuh jalan di sekitar kawasan Batu Caves telah ditutup bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang perayaan Thaipusam yang akan berlangsung pada 25 Januari, esok.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagaimanapun penutupan jalan tersebut bergantung kepada situasi semasa keadaan lalu lintas.
Teruskan MembacaDifahamkan jumlah pengunjung yang hadir pada tahun lalu dianggarkan antara 1.5 hingga 2 juta pengunjung akan menghadiri perayaan tersebut di Batu Caves.
“Antara jalan yang ditutup sepanjang tempoh itu adalah Simpan Tiga Jalan Bunga Raya menghala ke Jalan Batu Caves, Lampu Isyarat Jalan Station (Batu Caves Bypass), susur dari arah Bulatan Batu Caves dan Jalan Perusahaan menghala ke Kuil Batu Caves.
“Seterusnya, susur dari arah Gombak menghala ke Kuil Batu Caves, simpang tiga Jalan SBC 8 dan simpang tiga Lampu Isyarat Sri Batu Caves yang menghala keluar ke MRR2,” katamya.
Hussein berkata demikian ketika sidang media di Pusat Kawalan Polis di Kuil Batu Caves baru-baru ini.
Hebahan berkaitan penutupan jalan akan disiarkan melalui papan kenyataan elektronik dari arah bulatan Batu Caves menghala ke Gombak dan menerusi laman rasmi Facebook Polis daerah Gombak dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
“Laluan alternatif yang dicadangkan oleh pihak polis akan dikemas kini melalui platform media sosial yang dinyatakan dari semasa ke semasa.
“Pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif dan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya.
Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan turut mengumumkan penyediaan tambang percuma bagi perkhidmatan bas Rapid dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) pada 24 hingga 25 Januari ini.
Kata Hussein lagi, Ops Palu 2024 akan dijalankan dengan penglibatan seramai 1,600 pegawai dan anggota polis dari pelbagai jabatan seluruh kontinjen Selangor di zon sekitar Batu Caves.
“Sebarang kegiatan ataupun aktiviti yang mengganggu lalu lintas dan perhimpunan yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan serta merta,” katanya lagi, memetik laporan, Harian Metro.
Selain itu, beliau turut memberi nasihat buat orang ramai untuk menjaga barangan peribadi yang berharga untuk mengelakkan kes kecurian dan sentiasa mengawasi keberadaan anak-anak serta mematuhi arahan pihak polis.
Baca juga: