PENYANYI popular Indonesia, Judika, mengumumkan bahawa dia dan isterinya, Duma Riris Silalahi, bakal menimang cahaya mata ketiga pada hujung tahun ini.
Perkara tersebut didedahkan oleh anak kedua mereka, Judeo, ketika muncul dalam sebuah program televisyen di Indonesia.
Teruskan MembacaPada mulanya, Judika atau Judika Nalon Abadi Sihotang, 45, tidak mahu mendedahkan berita itu namun pengacara program mengusik penampilan isterinya yang kelihatan berbeza.
Tanpa berfikir panjang, Judeo yang baharu berusia 6 tahun mendedahkan bahawa penampilan ibunya berbeza kerana Duma sedang hamil.
“Ada bayi dalam perut Duma,” kata Judeo.
Selepas pendedahan tersebut, Judika meminta orang ramai mendoakan supaya kandungan Duma, 40, sentiasa berada dalam keadaan baik.
Judika memberitahu bahawa kandungan isterinya sudah memasuki usia enam bulan, namun tidak mendedahkan jantinanya.
“Duma sedang mengandung dan kandungannya sudah masuk usia enam bulan. Harap semuanya lancar sehingga bersalin,” katanya.
Untuk rekod, Judika dan Duma mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2013, dan mereka turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Cleo Deomora yang kini berusia 10 tahun. — KL Viral.
Baca juga: