PENYANYI, Bella Astillah mengakui tidak mengetahui tentang video bekas suaminya, Aliff Aziz yang dikatakan menyertai kumpulan tabligh di Singapura.
Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, menyatakan bahawa dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat Aliff sekiranya benar pelakon itu ingin mendalami ilmu agama dan berubah ke arah yang lebih baik.
Teruskan Membaca“Saya tidak tahu mengenai video yang tular di TikTok dan jika boleh, saya tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut mengenainya kerana itu adalah perjalanan hidupnya dan kita tidak tahu apa niat sebenar seseorang itu.
“Jika betul (menyertai tabligh), Alhamdulillah. Sekiranya dia mahu berubah ke arah yang lebih baik, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya,” katanya, lapor mStar.
Terdahulu, sebuah video yang dikongsi oleh Ustaz Haji Taufik di TikTok menjadi tular, memaparkan Aliff memakai pakaian serba putih dan berserban di sebuah masjid di Singapura.
Dia turut meninggalkan pesan dalam kapsyen videonya agar orang ramai tidak cepat menghukum sesama manusia.
Namun, ia bukan kali pertama Aliff dikaitkan dengan kumpulan tabligh kerana pada Ogos 2021, dia juga pernah mengikuti kumpulan yang sama.
Untuk info, Bella dan Aliff bercerai dengan talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Pasangan itu dikurniakan dua orang anak, iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. — KL Viral.
Baca juga: