Kecoh di media sosial sejak semalam bila satu rakaman persembahan teater dari Universiti Malaya (UM) tiba-tiba jadi bualan hangat netizen.
Mana taknya, video yang tular di Threads tu memaparkan babak agak intim antara dua pelakon di atas pentas, ramai yang anggap ia tak sesuai, lebih-lebih lagi melibatkan acara universiti.
Teruskan MembacaSusulan itu, UM tampil bersuara dan memohon maaf secara terbuka. Dalam kenyataan rasmi, pihak universiti akui mereka pandang serius isu ni dan faham kenapa ramai yang rasa kurang selesa dengan babak berkenaan.
Menurut UM, selepas dibuat semakan, rupa-rupanya babak yang dipersembahkan tu memang tak ikut skrip asal yang dah diluluskan awal.
Kiranya, ada ‘extra’ yang tak sepatutnya berlaku atas pentas.
Disebabkan itu, UM ambil keputusan untuk batalkan penilaian persembahan tersebut dalam pertandingan Karnival Teater (KARVITER).
Pihak universiti juga tegaskan bahawa setiap persembahan sepatutnya bebas daripada elemen negatif, provokatif atau apa-apa yang boleh jejaskan nilai moral, budaya dan reputasi universiti.
“UM tidak akan berkompromi dengan pelanggaran peraturan,” jelas kenyataan itu.
Dalam masa sama, mereka juga beri jaminan akan perketatkan pemantauan selepas ini supaya perkara sama tak berulang lagi.
Apa pun, isu ni memang jadi perdebatan hangat, ada yang kata seni perlu ruang ekspresi, tapi tak kurang juga yang rasa ada batas yang perlu dijaga, lebih-lebih lagi dalam konteks institusi pendidikan.
















