Niat Nak Bantu Gaza, Tapi Haroqs Dikecam Campak Gula-Gula Dalam Laut

Aktivis GSF, Haroqs baru-baru ini menjadi perhatian netizen selepas berkongsi video dirinya mencampakkan gula-gula dan coklat ke laut dengan harapan ia dapat sampai kepada kanak-kanak di Gaza, Palestin.

Walaupun niatnya dilihat baik dan penuh simpati terhadap nasib rakyat Palestin, tindakan tersebut mengundang pelbagai reaksi kurang senang daripada orang ramai yang menganggap ia boleh mencemarkan laut serta mengancam hidupan marin.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?