Pelakon Mawar Rashid membuat kejutan dengan memuat naik gambarnya yang tidak lagi mengenakan tudung di Instagram.
Pada ruangan kapsyen, Mawar menulis ‘Saya dah cuba. Tetapi saya gagal. Saya minta maaf,” tulisnya.
Teruskan MembacaDalam entri itu, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, berkongsikan dua keping gambarnya berada di hadapan cermin mengenakan baju berwarna putih dan rambutnya diikat kemas.
Menerusi Instagram Story, Mawar turut memuat naik sekeping gambar matahari terbenam yang diambil di tepi pantai.
Pada gambar berkenaan, Mawar menulis, ‘Selama tinggal dunia. Akan kembali apabila mental saya sudah bersedia. Sayang kamu sentiasa,” tulisnya.
Mawar dilihat menutup ruangan komen pada setiap gambarnya.
Terdahulu, isteri kepada Raf Yaakob mengenakan tudung pada 17 Ogos selepas mendalami agama Islam dan menghadiri kelas agama.