DUA anggota polis ditahan akibat dipercayai memeras warga asing di sekitar Jalan Taming Sari, Kajang, Selangor.
Mereka yang dilaporkan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang itu ditahan selepas satu video tular di media sosial yang memaparkan individu berkenaan sedang melakukan pemerasan wang di atas sebuah motosikal pada Isnin.
Teruskan MembacaMenurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan pihaknya menerima satu laporan yang melibatkan seorang lelaki warga asing.
Menurutnya, hasil semakan video yang tular itu membawa kepada penahanan terhadap dua anggota polis yang bertugas dan satu kertas siasatan telah dibuka bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
“Kedua-dua suspek direman bermula hari ini hingga esok bagi membantu siasatan.
“Polis Kontinjen Selangor tidak akan melindungi mana mana pegawai kanan polis mahupun pegawai rendah polis yang didapati terbabit dalam kesalahan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut menyatakan tidak akan berkompromi dan akan menjalankan siasatan dengan saksama.
Baca juga: