Sikap pemurah rakyat menjadi tarikan utama ramai warga asing untuk mengemis berikutan Malaysia dianggap sebagai ‘lubuk’ rezeki, ramai warga asing mengambil peluang untuk meraih rezeki mudah.
Tular sebuah video memaparkan seorang lelaki warga asing mengemis ‘bermodalkan’ seorang kanak-kanak yang dipercayai berpenyakit.
Teruskan MembacaMenerusi video yang dikongsi di laman X ‘#UpdateInfo’, individu terbabit didakwa meraih simpati orang ramai dengan mempergunakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU).
Sementara itu, apabila disuruh untuk membawa kanak-kanak OKU ke Hospital, lelaki itu enggan mengikut arahan tersebut yang kemudiannya mengundang kemarahan netizen kerana dia berpura-pura tidak faham dengan arahan yang diberikan.
Setakat berita ini ditulis, perkongsian gambar itu sudah mendapat lebih 800 tanda suka (likes) serta 712 perkongsian semula.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengharapkan orang ramai untuk tidak terlalu baik, mudah simpati dan berharap pihak berkuasa untuk turun padang bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap warga asing terbabit yang dilihat semakin berleluasa.
“Perambat balik la warga-warga asing ni. Menyemak dan menyusahkan orang Malaysia ja. Bila kesian kita dipijaknya,” kata @DadBodSendu di X.
“Mereka ni pandai, bila terkantoi mereka akan buat-buat macam orang bodoh, padahal mereka sudah tahu. Biasanya jika bgini, bagi lempang nanti tengok lah auto dah ok,” kata @RizRaj6 di X.
“Malaysia memang lubuk scammer bermaharajalela disebabkan rakyat Malaysia yg pemurah,” kata @NamizoOzy di X.
Sedekah memang amalan yang mulia dan tidak salah untuk bersedekah tetapi bersedekahlah kepada orang dan di tempat yang betul dan Jangan biarkan sifat pemurah membuka peluang pengemis berada di jalanan.
Baca juga: