Pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew yang terpalit kontroversi berhubung dakwaan gangguan seksual memfailkan saman fitnah terhadap Caprice dan wanita Indonesia, Mondy.
Ebit Lew menerusi hantaran di laman sosial memberitahu, tindakan itu diambil menerusi peguam yang dilantik, Datuk Akberdin Abdul Kader.
Teruskan Membaca“Peguam saya, Datuk Akberdin sudah memfailkan saman fitnah terhadap Caprice dan Mondy di Mahkamah Shah Alam tadi,” tulisnya di Facebook.
Terdahulu, tular di laman sosial satu rakaman video temubual dikendalikan Caprice bersama Mondy yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah ketika kali pertama tiba di Malaysia, tahun ini.
Susulan pendedahan itu, Ebit Lew tampil membuat laporan polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, Selangor berhubung fitnah dilemparkan terhadapnya.
Laporan polis itu dibuat pada 18 September lalu, sebaik Ebit Lew pulang dari Jeddah, Arab Saudi dan dia sudah dipanggil polis untuk siasatan.