TINDAKAN kejam seorang suami yang membunuh dan mengerat mayat isterinya untuk dijual kepada jiran mengundang kecaman warganet yang berasa ngeri dengan perbuatan lelaki tersebut.
Kejadian yang berlaku di Dusun Sindangjaya, Desa Cisontrol, Kecamatan Rancah, Kabupaten Ciamis di daerah Jawa Barat, Indonesia berkenaan tular melalui video yang memaparkan situasi ngeri tersebut.
Teruskan MembacaDalam video berdurasi 42 saat tersebut, suami mangsa yang dikenali sebagai Tarsum, 41, sedang memikul bahagian kaki mangsa yang dikenali sebagai Yanti, 40, yang dikerat dan bertindak melemparkannya ke atas tanah.
Video tersebut yang disiarkan di laman X mengundang kecaman dahsyat dari warganet yang bersimpati dengan nasib mangsa hingga disakiti oleh individu yang sepatutnya melindungi dirinya iaitu suaminya sendiri.
Ramai juga beranggapan bahawa dia mengalami tekanan perasaan sehingga tidak mampu untuk berkelakuan waras.
“Kalau memang betul dia ‘gila’ atau terlampau stres, cuba masukkan dia ke dalam kandang harimau. Kalau dia lari itu maknanya dia waras tapi jika dia diam sahaja maka betul dia sudah gila,” komen Mahalia Risky.
Namun, media melaporkan polis membuat kemungkinan bahawa keluarga tersebut sedang mengalami masalah kewangan hingga mengganggu keamanan mental lelaki berkenaan.
Ketua Polis Ciamis, AKBP Akmal turut mendedahkan saksi utama iaitu anak sulung mangsa mendedahkan keluarga mereka sedang dilanda masalah kewangan dan ia sangat membebankan Tarsum.
Dalam pada itu, pihak polis berkata bahawa pemeriksaan mental juga akan dilakukan ke atas pelaku untuk mengenal pasti tahap kesihatan mentalnya. — KL Viral
Baca juga: