LUAHAN seorang wanita mengenai cermin keretanya yang dipecahkan oleh individu tidak bertanggungjawab mendapat kecaman warganet setelah mendapati dia yang bersalah dalam hal berkenaan.
Menerusi sebuah hantaran di laman X, wanita tersebut menyatakan punca cermin keretanya dipecahkan adalah kerana dia double park dan menghalang kenderaan lain yang lalu-lalang.
Teruskan MembacaDifahamkan, wanita tersebut turut meninggalkan nombor telefonnya di papan pemuka kereta, namun gagal untuk menjawab selepas panggilan dibuat terhadapnya.
Disebabkan tindakan wanita tersebut, rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan inidividu yang memecahkan cermin keretanya kerana menganggap bahawa cara tersebut sahaja yang membolehkan kereta itu digerakkan ke tempat lain.
“Kalau aku nampak pun aku taknak jadi saksi. Anggaplah itu yuran kebod**an. Kalau nak letak nombor phone urgent nak block parking pastikan get ready terima call. Bukan bagi letak nombor untuk missed call 98 kali,” kata Ashpenat.
“Moga jadi pengajaran. Lebih baik susah cari parking daripada menyusahkan orang lain nak keluar. Kalau saya lah, sanggup parking jauh dan jalan. Hidup kena toleransi, baru la hidup aman,” komen Izsmin.
“Boleh je parking kat tempat yang tak menghalang orang lain keluar, tapi tu la, nanti kena saman/towing pulak,” ujar Zimgodo.
Insiden tersebut harus menjadi pengajaran kepada semua supaya lebih bertimbang rasa dalam mencari tempat parkir dan tidak menyusahkan orang lain. Sikap prihatin dan toleransi amat penting bagi memastikan kehidupan bersama yang lebih aman. — KL Viral
Baca juga: