Oleh: Haikal Tajuddin
KEMAIN meriah lagi seorang graduan lelaki ini selepas mendapati abang kandungnya sendiri menghadiahi sejambak duit yang dihias seakan-akan bunga sewaktu graduasi.
Teruskan MembacaMenerusi video berdurasi 30 saat yang dikongsikan di aplikasi X, dipercayai abangnya bukan sahaja memberi sejambak duit, malah turut menghadiahkan adiknya dengan beg kertas berisi hadiah jenama Louis Vuitton (LV).
Akibat daripada video tersebut, rata-rata masyarakat berasa agak terkesima dan cemburu kerana tidak memiliki hubungan yang rapat bersama adik beradik mereka sendiri.
“Hang jadi abang aku lah, aku nak macam ini,” komen ikhwzul325 di aplikasi X.
“Aku pun ada anak konvo tetapi tak dapat bagi bouquet duit dekat anak. Maafkan mama nak, sebab mama bukan orang kaya,” balas arraMyra.
“Hmm abang aku minta duit aku lagi ada lah,” ayumibalqis02. — KL Viral
Baca juga: