Terkini

“Ramai yang aneh-aneh…” – Netizen pertikai pakaian pempengaruh ziarah kubur, konsep tutup aurat tetapi…

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri membuatkan ramai orang mulai memikirkan warna tema untuk menyambut bulan kemenangan itu dengan lebih meriah.

Namun, ia berbeza bagi usahawan dan pempengaruh, Syed Muhammad Syah Hasif atau Prince Syed yang memilih tema Barbie untuk sambutan hari raya pada tahun ini.

Dia dan isteri dilihat memakai pakaian berwarna merah jambu dan biru, di samping terpampang logo dan watak Barbie pada pakaian mereka dilengkapi dengan jaket berbulu yang berwarna merah jambu.

Sudah terkenal dengan mengenakan pakaian yang extravaganza dalam apa jua acara, pemakaian Syed dan isterinya, Fatin menerima reaksi kurang senang daripada warganet.

Bagi mereka, meskipun sudah menutup aurat, tetapi jenis pakaian yang dikatakan terlalu menonjol sebegitu dilihat tidak sesuai untuk menziarahi tanah perkuburan yang seharusnya disertai dengan bacaan ayat suci kalam Allah dan rasa keinsafan terhadap kematian.

Rata-rata warganet menzahirkan rasa kurang senang mereka kerana tidak wajar untuk mereka menziarahi kubur dengan pakaian berkenaan.

“Jaga adab pergi kubur, harap abang ambil yang positif, kita biar jahil agama janji ada keinginan belajar lebih mendalam,” komen Syhmzn.

“Terkejut orang kat kubur tu tiba-tiba Barbie datang,” kata Nick_85.

“Ya Allah, tak panas ke? Kita yang pakai baju kurung biasa pun ‘berlecak’,” komen Ladyna Bymika.

“Dia lupa kot Malaysia ni panas,” komen Nenaa Majid, bersetuju dengan Ladyna.

“Lagi banyak sosial media, lagi ramai orang yang aneh-aneh keluar,” kata SeriDewiMalam.

“Menangis Hang Tuah kalau tahu macam ini baju raya sekarang,” kata Txqiyy. — KL Viral

Pelbagai

Scroll to Top