KAFE merupakan tempat untuk berehat dan bersantai sambil menikmati juadah yang terjual di premis tersebut.
Namun, seorang lelaki di wilayah Lopburi, Thailand tidak melalukan perkara tersebut setiap kali mengunjungi sebuah kafe di sana, bahkan dia melakukan perkara yang lebih terkutuk.
Teruskan MembacaPada 5 September lalu, seorang pengguna Facebook berkongsi bahawa lelaki tersebut kerap melawat kafe tempat kerjanya untuk menggunakan perkhidmatan Wi-Fi percuma namun tidak pernah memesan apa-apa makanan mahupun minuman.
Pada mulanya, ia bukanlah sebuah isu yang besar sebelum pengguna Facebook berkenaan mendapat tahu bahawa lelaki tersebut menonton video pornografi dengan menggunakan Wi-Fi percuma di kafe berkenaan.
Lebih menjijikkan, kawasan kafe tersebut terletak di kawasan kuil, yang jelas menunjukkan bahawa tindakan lelaki tersebut sangat tidak sopan dan tidak menghormati kawasan berkenaan.
Selepas didatangi oleh staf di kafe tersebut, lelaki berkenaan menafikan bahawa dirinya menonton video berkenaan dan menyatakan bahawa video tersebut hanya lalu ketika dia sedang melayari laman sosialnya.
Lelaki tersebut kemudiannya bergegas ke kaunter di hadapan kafe untuk memesan minuman, seolah-olah mahu mengalihkan perhatian.
Namun, pemilik kafe berkenaan tidak mengenakan apa-apa tindakan terhadap lelaki tersebut, bahkan hanya membiarkan lelaki tersebut terus ‘melepak’ di kafe berkenaan demi mematuhi dasar perkhidmatan pelanggan mereka.
Warganet yang melihat video tersebut turut menyelar tindakan lelaki berkenaan yang menyatakan tingkah laku tersebut tidak patut dilakukan di khalayak umum.
Seorang warganet menyatakan bahawa menonton video lucah di kawasan awam adalah perbuatan yang tidak dapat diterima oleh masyarakat.
Pengguna lain turut memberi amaran, menyatakan bahawa lelaki tersebut berpotensi untuk mendatangkan bahaya kepada orang lain.
Selain itu, seorang daripada warganet turut mencadangkan kakitangan kafe tersebut untuk menukar kata laluan Wi-Fi berkenaan daripada terus digunakan oleh lelaki terbabit. — KL Viral
Baca juga: