MALAYSIA baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-67, namun masih ramai di antara kita yang masih tidak mengingati dan kurang cakna tentang beberapa pengetahuan am mengenai negara tercinta.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (@CrossedKom) menyaksikan satu eksperimen sosial tentang pengetahuan am bendera-bendera negeri di Malaysia.
Teruskan MembacaMenerusi video tersebut menunjukkan gambar bendera negeri Perak kepada seorang gadis yang berada di situ dan meminta mereka untuk meneka itu bendera dari negeri mana.
Wanita itu kelihatan ragu-ragu dan berkata ia adalah bendera negeri Perlis. Ada juga yang meneka ianya bendera negeri Pahang dan Terengganu.
Selain itu, video tersebut memaparkan bendera negeri Melaka dan meminta mereka untuk meneka sekali lagi.
Seorang lagi wanita dengan yakin meneka ianya bendera negeri Perlis, ada juga yang meneka ianya bendera Selangor, Kedah dan Johor.
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat tidak menyangka dengan jawapan yang diberikan oleh anak muda ini.
“Adoiii apa teruk sangat nih, benda simple ja bukan dia tanya Rukun Negara,” ujar seorang pengguna di X.
“Kasihan, sebabtu bangsa kita senang diperkotak katikkan. Kurangnya pengetahuan am, bangsa kita akan dihina,” kata seorang lagi pengguna di X.
Memandangkan kita akan menyambut Hari Malaysia tidak lama lagi, orang ramai boleh mula mengulangkaji rupa bendera Malaysia dan juga negeri-negeri buat mereka yang sudah terlupa.
Baca juga: