SEORANG lelaki dikesan telah memuat naik video di TikTok sambil mendakwa bertindak membakar sebuah kenderaan polis bantuan dalam kejadian satu kejadian di kawasan Mutiara Damansara, Petaling Jaya, kira-kira pukul 1 pagi pada Khamis.
Suspek berusia 25 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan di Flora Damansara sejurus selepas dikesan pihak polis.
Teruskan MembacaKetua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek ditahan sepasukan anggota polis selepas dikesan memuat naik video berdurasi lima saat kejadian kebakaran itu dalam aplikasi TikTok atas akaun miliknya.
“Suspek ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di kawasan Flora Damansara, berdasarkan siasatan dan maklumat yang diterima.
“Hasil siasatan mendapati, suspek tidak memiliki rekod jenayah lalu, namun ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis morfin,” katanya.
Mohd Fakhrudin turut berkata, polis merampas peralatan berupa tukul besi dan botol air yang disyaki digunakan untuk mengisi petrol untuk digunakan dalam kebakaran itu.
“Pada masa kini kita masih menyiasat motif kejadian ini, termasuk mengambil kira kemungkinan suspek ingin mencari jumlah trafik tinggi untuk akaun Tik Tok miliknya,” katanya.
Dalam pada itu, Fakhrudin turut menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini boleh mengubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 435/427 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api. — KL Viral
Baca juga: