PENYANYI Mohamad Hafiz Mohamad Suip atau dikenali dengan Hafiz Suip mengejutkan warganet dengan penampilan barunya yang dikatakan berbeza dari dahulu pada Jumaat.
Perkara itu susulan satu video yang tular dimana penyanyi lagu berjudul Awan Nano itu tampil kelihatan kurus, cengkung dan warna kulitnya yang berbeza berbanding dahulu.
Teruskan MembacaPenyanyi berusia 34 tahun itu dilihat sedang memberi penjelasan berkenaan rumah tangganya yang didakwa goyah akibat satu hantaran dimana beliau memuat naik gambar anaknya dengan kapsyen yang menzahirkan kerinduannya.
“Saya ada baca satu komen ni, dia kata ‘dia bercerai sebab suami abaikan dia’. Saya rasa kelakar komen tu.
“Awak nak cerita apa sebenarnya kak? Awak nak cerita aib awak.. tak payah. Orang tak nak tahu. Sibuk nak jadi cikgu nak ajar orang.
“Korang tak kenal saya jadi korang jangan sembang macam korang kenal saya sangat. Ini siaran langsung saya , jadi suka hati saya la nak cakap apa. Kalau tak suka jangan tengok live saya dan jangan follow saya,” ujarnya menerusi satu siaran langsung di Instagram miliknya.
Sebelum ini, Hafiz didakwa menghilangkan diri selepas menutup akaun Instagram miliknya dan kemunculan semulanya dalam industri mengejutkan ramai pihak.
“Betul ke ni Hafiz Suip? Jauh betul berbeza dia dulu dengan sekarang? Dia sakit ke? ,” ujar Jane1987 di Tiktok.
Baca juga :