FENIX360 merupakan satu platform media sosial pertama di dunia yang menfokuskan kepada artis sekali gus memberikan sokongan serta memperkasakan kerjaya selebriti dalam usaha meningkatkan kreativiti mereka.
Pelancaran aplikasi tersebut yang bakal diadakan pada 21 Januari depan bertempat di Jiospace, Petaling Jaya, Selangor turut diraikan dengan persembahan daripada bintang terkenal antaranya Insomniacks, MASDO, Noh Salleh, MYO (Jemson), Leaism dan The Frankie Sixes.
Teruskan MembacaDijadualkan berlangsung pada pukul 4.30 petang hingga 10.30 malam, acara tersebut memperuntukkan penonton untuk memuat turun aplikasi FENIX360 terlebih dahulu dan mendaftar sebagai pengguna tanpa bayaran atau langganan dikenakan.
Aplikasi tersebut dapat mengubah cara artis mmeraih sokongan peminat, berkolaborasi dengan rakan selebriti, dan mengekalkan karier mereka secara digital.
Selain itu, FENIX360 turut dapat menetapkan standard baharu dalam bidang seni termasuk sektor kreatif yang membezakannya daripada platform media sosial lain.
Platform ini sedang meraikan pelancarannya di negara-negara utama dengan acara langsung, mempromosikan bakat tempatan dan antarabangsa, bermula dengan Indonesia, Malaysia, dan Filipina.
Kolaborasi dengan pengaruh tempatan dan artis akan menyesuaikan FENIX360 untuk setiap pasaran serta meningkatkan daya tarikannya.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FENIX360, Allen Klepfisz memberitahu, platform itu bukan sekadar aplikasi, tetapi merupakan pergerakan mengubah landskap artistik, mengalihkan fokus platform artis kepada persekitaran holistik untuk mempamerkan hasil kerja sekali gus meraih pendapatan.
“FENIX360 bukan hanya aplikasi; ia merupakan gerakan untuk mengubah landskap artistik, mengalihkan fokus dari platform kepada artis, mencipta persekitaran holistik bagi artis untuk mempamer dan mengkomersialkan hasil kerja mereka,” katanya.
Manakala seorang lagi CEO FENIX360, Sandy Monteiro, berkata, beliau turut berbangga dapat mempersembahkan aplikasi tersebut di Malaysia kerana beliau percaya bahawa artis dan pemcipta kandungan (content) akan perolehi manfaat yang bagus.
“Kami bangga mempersembahkan FENIX360 sebagai platform yang benar-benar berpusat kepada artis. Kami sangat gembira melaksanakan acara pelancaran di Malaysia kerana kami yakin pencipta kandungan dan artis Malaysia akan mendapat manfaat yang signifikan dari pelancaran aplikasi ini,” katanya.
Sebelum ini, FENIX360 Live! di Indonesia telah berlangsung semalam di Jakarta, Bengkel Space, SCBD Complex, dengan persembahan oleh Voice Of Baceprot, ST12, Hijau Daun, Goliath, Angkasa, Nirwana, Raffa Affar, Dimansyah Laitupa, dan Oomleo Berkaroke.
Aplikasi FENIX360 kini boleh didapati di fenix360.com dan di platform iOS dan Android secara global. — KL VIRAL
Baca juga: