MODEL terkenal antarabangsa, Bella Hadid kini bersiap sedia untuk pertempuran undang-undang dengan Adidas setelah mengupah peguam untuk mengambil tindakan terhadap syarikat pakaian sukan gergasi itu.
Hadid telah mendapatkan khidmat peguam untuk bertindak terhadap Adidas kerana merasakan syarikat itu memimpin kempen yang kejam dan merosakkan.
Teruskan MembacaMemetik laporan daripada media antarabangsa, dia berasa berang kerana syarikat itu melancarkan kempen yang mengaitkan seseorang dengan tragedi seperti Pembunuhan Munich pada Sukan Olimpik 1972, dimana keganasan bertentangan dengan pandangan peribadinya.
Hadid yang merupakan seorang yang lantang dalam menyuarakan sokongannya terhadap Palestin dilaporkan masih terikat kontrak dengan Adidas, walaupun terdapat laporan sebelum ini yang mengatakan syarikat itu telah menyingkirnya.
“Terdahulu, Adidas menjadikan Bella sebagai ‘wajah’ kepada kempen kasut retro yang merujuk kepada Sukan Olimpik Munich 1972 yang dibayangi oleh pembunuhan beramai-ramai atlet Israel.
“Adidas telah meminta maaf, menyatakan bahawa mereka tidak pernah berniat untuk membuat kenyataan melalui kaitan dengan tragedi sejarah.
“Tambahan pula, Adidas mengumumkan bahawa mereka akan menyemak semula kempen tersebut,” lapor media antarabangsa, TMZ.
Dalam pada itu, difahamkan Bella memberitahu orang di sekelilingnya bahawa dia tidak tahu apa yang diceburinya apabila dia menandatangani kontrak tersebut, dan dia akan memastikan Adidas perlu bertanggungjawab atas perkara itu.
Namun, masih tiada maklum balas daripada Adidas mengenai isu tersebut sehingga kini. — KL Viral
Baca juga: