PELAKON Ainul Aishah selamat melahirkan cahaya mata perempuan selepas tiga tahun mendirikan perkahwinan bersama suaminya, Khalid Rezuan, pada pagi Khamis.
Ainul atau nama sebanar Ainul Aishah Azizun, 39, dipercayai melahirkan anaknya di salah satu pusat perubatan.
Teruskan MembacaBerita gembira tersebut dimaklumkan Ainul menerusi hantaran di Instagramnya yang menyatakan beliau telah selamat melahirkan anak perempuan.
“Assalamualaikum kepada keluarga ,rakan dan pengikut saya. Alhamdulillah saya sudah selamat melahirkan anak perempuan saya harini, 29 Mei pada pukul 12.46 pm.
“Kepada rakan dan keluarga yang ingin melawat saya dan bayi saya di hospital boleh Whatsapp dan Mesej saya,” tulisnya.
Bagaimanapun, pelakon yang dikenali melalui series KL Menjerit itu merahsiakan nama dan muka anaknya dengan emoji.
Sekadar info, Ainul dan Rezuan mendirikan rumah tangga pada tahun 2022 selepas 5 tahun bercinta.
Baca juga :