PELAKON Sharnaaz Ahmad menyatakan keputusan kurang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah segalanya dalam hidup ini, reti mencari wang adalah keutamaan dalam hidup.
Sharnaaz mengulas demikian susulan keputusan SPM yang baru sahaja keluar pada 27 Mei lalu bagi memberikan semangat kepada anak-anak muda yang kecewa dengan keputusan mereka.
Teruskan Membaca“Yang dapat 7D itu kalian (netizen) tak mahu ucap apa-apa ke dekat mereka? Saya salah seorang yang dapat keputusan tidak berapa elok pun dalam SPM.
“SPM memang satu peperiksaan yang sangat penting, namun itu bukan pengakhiran tetapi satu permulaan untuk bangkit.
“Kepada yang dapat keputusan kurang baik macam saya ini, kuatkan berusaha. Mula dari bawah dan jangan jadi bodoh, jangan jadi pemalas,” jelasnya ketika membuat sesi siaran langsung di Instagramnya.
Rata-rata netizen di Tiktok turut menyokong kenyataan tersebut.
“7e lulus 7G pun ada harapan berjaya asal rajin dan berusaha” ujar azlin788.
“Mcm adik lelaki saya masa tu gagal sejarah jadi tak ada sijil spm, aku hantar untuk kertas ulangan dua kali pun tak lulus lepastu aku cakap dekat dia takde spm ni bukan tak boleh hidup walaupun aku ada ijazah sarjana muda.
“Adik aku nangis teruk dan di kerja Starbucks masa tu and masa tu belum zaman boikot lagi lepastu dia berhenti masuk Uniqlo dalam 5 tahun sekarang ni rezeki dia masuk dan sekarang kerja dekat hermes yang gajinya lebih dari aku yang budak degree sekarang ni, yang penting jangan menyerah kalah dan rajin sahaja,” ujar mia.
Baca juga: