DUA belas bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu,menerima kecaman dari warganet ekoran kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
‘Sudah menerima balasan sepanjang hayat dari perbuatan tersebut’ itu adalah lontaran yang dikeluarkan mereka di Mahkamah Rayuan yang menimbulkan perasaan kurang senang netizen apabila membaca perkara tersebut.
Teruskan MembacaSelain itu, peguam kepada pesalah-pesalah tersebut turut menambah dengan kenyataan berbaur sokongan kepada mereka dengan mengatakan pelajar-pelajar tersebut adalah pelajar yang pintar ketika dulu,namun kejadian tersebut menyebabkan sebahagian daripada mereka terpaksa menjadi pemandu e-hailing malah berkecimpung dalam bidang perladangan.
Rata-rata netizen menunjukkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan tersebut dengan mengatakan mereka tidak layak mengeluarkan kenyataan sebegitu apabila telah merosakkan masa hadapan anak seseorang menerusi satu diskusi yang tular di X.
“Terpaksa berkerja”. Malulah sikit. Sekurang-kurangnya korang masih dapat bekerja. Arwah Zulfarhan tidak mampu untuk bekerja, berkahwin malah tidak dapat untuk meneruskan kehidupan,” kata SyazaRahizad.
“pelajar pintar saja tak cukup. patut pintar yang ada empati. mereka bunuh anak orang kot. perasaan keluarga mangsa macam mana pulak? takutnya nak naik e hailing lepas ni hmm,” kata embunkarinaword.
“nak sembang pasal kesan SEPANJANG HAYAT. Eh, hello sekurang2 nya korg masih ada hayat. Zulfarhan HABIS HAYAT kat tangan korang. Kat mana keadilan utk dia? Family dia terima kesan SEPANJANG HAYAT, anak ditatang dari kecil, hantar ke uni dengan harapan jadi pegawai alih dibalut kafan,” kata capt_noodles.
Terdahulu , Mahkamah masih dalam perbicaraan dan sedang mendengar rayuan silang 12 bekas penuntut UPNM yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kerana mencederakan Zulfarhan.
Bagaimana pun, Mahkamah Tinggi masih membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara terhadap mereka, dengan ikat jamin RM7,000, dikekalkan.
Baca juga :