BARU-baru ini tular di media sosial berkenaan gerakan kempen ‘Blockout2024’ dari Amerika Syarikat yang sudah dimulakan di Malaysia apabila terdapat seorang pengguna di laman X bernama @hyu_lur mengeluarkan senarai artis dan pempengaruh tempatan yang dipercayai masih tidak memberikan solidariti kepada saudara di Palestin dan harus diboikot pada 12 Mei 2024.
Senarai itu turut melibatkan beberapa artis terkemuka tempatan seperti Mira Filzah, Daiyan Trisha, Nadhir Nasar dan Meerqen yang membuatkan rata-rata masyarakat mengecam tindakan mereka yang dianggap tidak ada unsur sensitif.
Teruskan MembacaPada 13 Mei 2024, Mira Filzah tampil memberikan kenyataan atas isu yang hangat dibincangkan berkenaan tidak menggunakan platformnya sebagai artis, melalui hantarannya di X.
“Saya bercakap ini untuk semua. Buat lah apa sahaja yang anda mahu lakukan, mahu block just block, tapi jangan sampai keluarkan kata-kata yang tidak baik. Ianya #blockout bukan #makiout. Ingat, penulisan kita pun ada dosa dan pahala.” , katanya.
Dalam pada itu, Mira turut mempamerkan bukti bahawa beliau sudah mula menyuarakan dan menunjukkan solidaritinya kepada Palestin dari awal januari tahun ini lagi.
Dalam masa yang sama, Daiyan Trisha turut mengeluarkan kenyataan untuk membela dirinya dengan menunjukkan resit-resit dermanya di instagram storynya.
“Allah tahu. Setiap orang ada cara masing-masing. Setiap orang ada ujian masing-masing. Niat kita, Allah saja yang tahu. Redha Allah, Dia saja yang tahu.
“Saya tak pernah sesekali lupa akan saudara saya di Palestine.Saya minta maaf jika cara saya tak bertepatan dengan cara yang anda mahukan.Tak apa, saya terima segala kecaman.Sila teruskan perjuangan anda untuk saudara-saudara kita di Palestine dengan pelbagai upaya, kerana itulah yang paling penting sekali.
“Ini cara yang saya termampu pada masa ini berdasarkan situasi dan keadaan. Saya minta maaf.Saya akan cuba untuk usaha lagi dengan lebih baik.Segala doa untuk Palestine,” jelasnya.
Beliau turut menyatakan beliau tidak pernah berhenti membuat perkongsian mengenai Palestine di media sosialnya. Menurutnya, selama ini beliau secara konsisten membuat hantaran menerusi laman media sosialnya.
Sebelum ini, terdapat beberapa artis juga yang sudah tampil memberikan kenyataan seperti Nadhir Nasar.
Sekadar info, Gerakan Blockout2024 ini mula diwujudkan di Amerika Syarikat bertujuan menyekat dan menghalang iklan selebriti-selebriti Hollywood yang terlibat dalam tidak menyuarakan solidariti kepada rakyat Palestin dengan memboikot. Ini adalah bagi menjejaskan jualan perniagaan dan penglibatan mereka.
Baca juga: