PENAMPILAN pelakon, Siti Saleha pada Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 menarik perhatian rakyat Korea Selatan.
Siti Saleha atau Siti Saleha Mohd Baharum, 34, menggayakan gaun labuh berona kuning dengan solekan tipis sehinggakan menjadi tumpuan media Korea Selatan.
Teruskan Membaca“Pelakon Malaysia Siti Saleha mempunyai artikel yang tular dalam Naver! Semua puji busana dan kecantikannya di SDA (Seoul Drama Awards),” tulis seorang pengguna aplikasi X.
Naver merupakan laman web popular di Korea Selatan dan mempunyai sistem enjin carian tersendiri seperti Google dan Yahoo.
Dalam pada itu, pelakon wanita popular itu telah dinobatkan sebagai Bintang Asia Terbaik pada majlis penuh berprestij itu.
Lakonan mantapnya dalam drama bersiri ‘SeOfis’ telah memikat hati penonton, sekali gus menjadikannya salah seorang calon pilihan utama dalam anugerah yang berlangsung di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan.
Menurutnya, kemenangan itu bukan sahaja momen manis buat dirinya, malah menjadi satu pencapaian yang bermakna untuk negara.
“Anugerah ini adalah milik kita Malaysia,” katanya ringkas dalam satu hantaran di Instagram.
Sementera itu, rata-rata netizen di ruangan komen dan rakan selebriti mengucapkan tahniah atas pencapaian yang membanggakan nama negara di persada antarabangsa itu. — KL Viral
Baca juga: