BARU-baru ini, tular teaser pendek yang dikongsikan oleh salah seorang wanita menerusi aplikasi X, mengakui dirinya telah muncul di filem Marvel berjudul ‘Thunderbolts’ yang dimuat naik oleh GSC Malaysia, semalam.
Menerusi teaser filem tersebut, dipercayai telah berlatar belakangkan Kuala Lumpur sehingga memaparkan susuk wanita berhijab itu.
Teruskan MembacaPelakon berkenaan yang dikenali sebagai Arabella, berkata, babak itu dirakam di Medan Pasar Kuala Lumpur yang berlatarkan Menara HSBC South Tower.
“Ketika berlakon tambahan di filem itu, pihak produksi meletakkan syarat-syarat yang ketat dengan tidak memberitahu filem yang sedang mereka rakamkan.
“Dalam masa yang sama, saya juga terpaksa menandatangani NDA (non-Disclosure Agreement) dan tidak dibenarkan untuk bercerita mengenai apa-apa pengalaman sepanjang berlakon dalam filem tersebut,” katanya menerusi aplikasi X.
Ciapan tersebut mendapat pelbagai komen daripada warganet yang kagum dengan pengalaman wanita tersebut.
Selain itu, terdapat segelintir pihak yang mendakwa wanita itu adalah jauh lebih baik daripada Gal Gadot yang merupakan penyokong tegar Israel.
“Awak sudah menjadi pelakon yang lebih baik daripada Gal Gadot,” komen Arifjoe71.
Sebelum ini, pelakon Marvel, Florence Pugh, mengesahkan dia bakal menjalani set penggambaran di Malaysia bagi babak tertentu sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat Marvel.
Persoalan itu akhirnya terjawab selepas Marvel Studio memuat naik teaser pendek mengenai filem berkenaan di Medan Pasar Kuala Lumpur menerusi akaun rasmi YouTube, Isnin lalu. — KL Viral