Terkini

Ular sawa belit kereta, satu keluarga cemas

Sepasang suami isteri sempat merakamkan detik cemas setelah menyedari kereta yang mereka pandu dibelit ular sawa.

Menurut sebuah hantaran di laman TikTok @aatwilight, ular tersebut keluar dari bonet kereta sebelum merayap naik ke cermin hadapan.

Kekal tenang, keluarga tersebut terus memandu dengan perlahan menuju ke balai bomba terdekat untuk mendapatkan bantuan.

“Kejadian sebentar tadi. Allah sebaik-baik pelindung. Alhamdulillah, kami satu keluarga selamat. Ular juga selamat.

“Kami sempat sampai Balai Bomba Cyberjaya. Terima kasih abang Bomba, semoga Tuhan balas dengan ganjaran syurga,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Kejadian berlaku pada Ahad lalu, ketika keluarga ini  dałam perjalanan pulang ke rumah di Salak Tinggi, Sepang selepas makan malam bersama ibu mertua di Seri Kembangan, Serdang.  

Namun ketika, dalam perjalanan melalui Putrajaya, mereka menyedari sesuatu sedang bergerak di hadapan bonet kereta yang dipandunya. 

Rata-rata pengguna media sosial memuji pasangan tersebut yang kekal tenang dan tidak lekang menyebut nama Allah SWT walaupun sedang panik.

Pelbagai

Scroll to Top