Terkini

Wanita dikasari teman lelaki tarik laporan polis, enggan siasatan diteruskan

SEORANG wanita dan dipercayai teman lelakinya yang bertengkar sehingga jatuh ke dalam kolam renang sebuah kondominium di Bandar Sunway, Subang Jaya baru-baru ini tular di media sosial.

Video insiden berdurasi 1 minit 44 saat itu memaparkan lelaki terbabit bertindak menyeret dan menarik mangsa ke dalam kolam renang dengan begitu kasar.

Video pertengkaran mereka itu kemudian tular kerana dianggap sebagai satu tindakan kekerasan, namun mangsa sebaliknya bertindak tidak mahu meneruskan siasatan terhadap kes terbabit.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pasangan kekasih berkenaan adalah warganegara asing.

“Mangsa yang berusia 19 tahun terus membuat laporan polis pada hari yang sama kejadian berlaku.

“Mangsa turut memaklumkan agar kes tersebut tidak diteruskan serta tidak mahu mengambil sebarang tindakan terhadap teman lelakinya,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Azlan turut berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan enggan mendapatkan rawatan.

“Kejadian berkenaan berlaku pada Khamis lalu di kawasan kolam renang sebuah kondominium. Setakat ini siasatan berhubung kejadian tidak diteruskan dan tiada siasatan lanjut dijalankan,” katanya lagi.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top