Oleh: Haikal Tajuddin
TIDAK berkesempatan untuk membeli barang mewah hak milik pelakon terkenal, Rozita Che Wan, semalam diumumkan acara lelong yang sepatutnya dibuat hari ini terpaksa ditunda pada tarikh yang baharu.
Teruskan MembacaPenundaan itu berlaku susulan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan permohonan Rozita untuk menangguhkan proses tersebut.
Wakil peguam pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkata, tarikh lanjut akan ditetapkan pada masa akan datang dan bergantung kepada arahan mahkamah.
“Mahkamah sudah menangguhkan tarikh lelongan awam pada hari esok (Selasa),” katanya memetik laporan media tempatan.
Barang mewah yang ingin dilelong tersebut mengandungi 34 barangan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM 902,012.46.
Pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita telah diserbu oleh pegawai MARA berikutan kegagalan melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Difahamkan, Rozita membuat pinjaman pada tahun 2017 tetapi didakwa tidak pernah membayar pembiayaan berkenaan.
Baca lagi: