USAHAWAN terkenal, Aliff Syukri membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya kerana dipercayai telah menimbulkan satu lagi video raya kontroversi baru-baru ini.
Video tular di media sosial berdurasi 18 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki yang merupakan penari latar yang mengenakan pakaian ketat dan membuatkan aksi tarian yang dikatakan mengghairahkan
Teruskan MembacaBagaimanapun, Aliff sudah memadamkan video tersebut dan memohon maaf secara terbuka setelah menerima kecaman yang hebat daripada pengguna social media.
Rata-rata pengguna social media menzahirkan rasa kurang senang dan tidak berpuas hati dengan tindakan Aliff dan penari latarnya, selain, mengunakan perkataan ‘maaf’ selepas mengundang kontroversi tersebut.
“Ni sebab nak perhatian, orang marah, kutuk, ajak boikot semuanya perhatian je. Dia tak kisah pun pasaran secara buruk atau baik. Palau je sebab itu pun salah satu cara boikot jugak,” kata Amar Hasshim.
“Bangsa lain kita bukan main marahlagi, isu ni lagi biadap daripada isu stoking. Dah tahu bulan Ramadan kau nak buat video macam tu?,” kata Ismail.
“Kali ni kalau nak boikot bagi lingkup terus supaya takda modal nak bayar penerbit muzik buat lagu yang entah apa-apa. Biar takda modal jugak nak bayar sotong-sotong yang menggeletis dalam video tu,” kata Khai Dast.
“Sebab dia melayu Islam, modal dia minta amaaf, menangis, buat kenyataan tekanan lah apa semua tu. Tahun depan ulang lagi guna skrip sama,” kata Syafiq Rose.
Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan bersesuaian berhubung sedutan klip video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik itu di media sosial. — KL Viral
Baca juga: