BARU-baru ini, satu video yang tular di media sosial telah mencuri perhatian ramai, memaparkan seorang wanita yang didakwa menukar telur gred A kepada bungkusan telur gred B di sebuah pasar raya.
Wanita itu dilihat mengenakan pakaian hijau, sedang membelek bungkusan telur di rak sambil menukar telur dengan yang lebih besar, dipercayai daripada gred A, ke dalam bungkusan yang lebih murah daripada gred B.
Teruskan MembacaInsiden tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet, dengan ramai yang meluahkan rasa marah dan kecewa atas tindakan tersebut.
“Ni mesti sejenis suka picit epal dan patahkan hujung bendi lepas tu tak beli,” komen SIzwan8.
“Biar miskin harta, jangan miskin hina kerana ‘merembat’ telur macam ini,” kata ohtweet.
Hal tersebut menjadi perdebatan kerana sebiji telur gred A dijual pada harga 42 sen, manakala telur gred B pada 40 sen.
Perbezaan harga ini walaupun kecil, dianggap penting untuk mengekalkan ketelusan dan hak pengguna yang memilih gred tertentu.
Isu tersebut diharap agar menjadi pengajaran kepada semua dan agar pihak berkuasa memantau isu seumpama ini di pasar raya bagi memastikan tiada manipulasi harga dan pengguna dapat berbelanja dengan adil. — KL Viral
Baca juga: