Oleh: Hanim Nadia
SEORANG abang sanggup menghantar adiknya menyambung pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah dengan menaiki motosikal dari Sungai Udang, Melaka.
Teruskan MembacaMenurut perkongsian laman rasmi UUM, adik beradik itu memulakan perjalanan mereka sejak Ahad lalu dengan menempuh jarak perjalanan lebih 600 kilometer.
Ee Tai Qing, 27, seorang penjual buah-buahan dan adiknya, Tai Zhi, 21, yang tiba di Bangunan Canselori UUM pagi tadi, disantuni Naib Canselor, Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed.
Tai Zhi akan mengikuti Program Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti dan beliau berjanji akan memberikan fokus selepas kuliah bermula.
“Saya tak menduga mendapat pilihan program yang saya minati dan ingin menimba pengalaman baru di Lembah Sintok.
“Saya berjanji untuk memberi tumpuan penuh dan mengambil segala ilmu yang diajar pensyarah berpengalaman,” katanya yang dipetik melalui Facebook UUM.
Tai Zhi antara 4,195 pelajar baharu UUM mendaftar di Sintok terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa yang mengikuti 48 program pengajian Sarjana Muda sesi 2024/2025. — KL Viral
Baca juga: