PROGRAM Teh Hijau, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 2024 akan berlangsung pada 17 Februari depan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan sepanjang program tersebut berlangsung antaranya, cabutan bertuah, klinik bola, pemeriksaan kesihatan, Kaunter Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU), Jualan Rahmah Rahmah, Jualan AgroMADANI dan pelbagai lagi.
Teruskan MembacaLebih menariknya, aktiviti seperti Pertandingan Esukan juga akan diadakan dan menjadi salah satu tarikan kepada anak muda zaman sekarang yang lebih suka kepada permainan penstriman digital.
Jangan lepaskan peluang dan disarankan untuk datang beramai-ramai dan menikmati aktiviti yang disenaraikan seperti berikut:
1. Klinik Bola
2. Pemeriksaan Kesihatan
3. Buskers
4. Maskot
5. Badut dan Balon
6. Karikatur
7. Pertandingan Doodle Art
8. Pertandingan Permainan Tradisional
9. Pertandingan Street Soccer
10. Pertandingan E-Sport
11. Pertandingan Sepakan Percuma
12. Jualan AGROMADANI
13. Jualan Kombo AGROMADANI
14. Jualan Rahmah
15. Program Jualan Kitar Semula 1C1R
16. Kebun Kejiranan Bandar LA21
17. Jualan Produk Kebun Bandar
18. Aktiviti Masak Produk Kebun Bandar
19. Demonstrasi Masakan Hasil Kebun
20. Green Truck Kitar Semula Plastik
21. Pameran Perkhidmatan Jabatan-Jabatan DBKL
22. Konti KLFM
23. Pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU)
Baca juga: