Terkini

‘Pergi stesen minyak pun dapat perhatian’, peminat teruja dapat jumpa Siti Nurhaliza depan mata

PENYANYI popular tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang terkenal dengan sikap rendah diri walaupun dirinya dikenali ramai dan berjaya sehingga digelarkan penyanyi nombor 1 negara.

Dalam satu video tular di aplikasi TikTok milik Petronas Benta baru-baru ini, telah mencuri perhatian apabila ibu dua cahaya mata itu hadir ke stesen minyak tersebut untuk membeli makanan.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan penyanyi kelahiran Pahang tersebut memasuki premis sambil memilih mencari berjalan di rak makanan.

Video itu turut memaparkan reaksi teruja beberapa pekerja premis apabila penyanyi popular itu di depan mata.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen meluahkan rasa teruja dan menyingkap masa lalu apabila pernah berjumpa dengan Siti sebelum ini.

“Tokti kalau balik Lipis, selalu singgah Petronas Benda ni kan,” kata Kak Teh.

“Kalau saya pun tengah-tengah tuang minyak, sanggup saya letak nozel tu semata nak tengok dia,” kata Syukqrie.

“Siti selalu masuk stesen minyak di Bukit Antarabangsa, saya pernah kerja kat sana dulu. Setiap kali dia datang, mesti kami pekerja semua teruja betul,” kata Vivyasihah.

“Macam saya pula, Tokti pernah masuk restoran tempat saya kerja di Brunei. Saya yang tidak tentu arah dibuatnya. Tapi Tokti sangat humble (rendah diri), tak sombong dan dia melayan je,” kata Dyanzul.

Malah, Siti sendiri memberi komen terhadap video tersebut mengatakan reaksi mereka sangat comel.

“Hahahaha….comel,” tulisnya di ruangan komen.

Sebelum ini, terdapat satu video tular di media sosial memaparkan Siti berkunjung ke pasar malam dipercayai di Kuala Lipis, Pahang untuk membeli juadah serta mainan buat anaknya, Afiyah dan Afwa.

Ramai yang memuji penampilan serta keramahan selebriti terbabit walaupun dia merupakan penyanyi nombor satu negara.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top