“ANAK-anak ibarat kain putih yang bersih, ibu bapanyalah yang mencorakkannya.”
Itu merupakan pepatah yang sering digunakan untuk menunjukkan bahawa didikan ibu bapa yang bakal mencorakkan anak mereka sama ada menjadi insan yang berguna atau sebaliknya.
Teruskan MembacaJika elok didikannya, maka eloklah kejadiannya dan ia juga boleh berlaku sebaliknya.
Namun, menerusi sebuah video yang tular di laman X, warganet menyelar respons orang dewasa yang hanya ketawa selepas seorang kanak-kanak menjawab pertanyaannya dengan nada yang biadab.
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan cara didikan ibu bapa kanak-kanak tersebut hingga mengakibatkan dia berkelakuan seperti itu.
“Zaman sekarang kalau anak cakap lepas macam tu, mak bapa bangga konon anak savage. Tak sedar yang orang tengok anak biadab hasil dari mak bapa yang takde adab,” komen __Yeagerz.
“Ramai parents ingat ni comel. Tapi nescaya suatu hari nanti korang akan terima akibatnya,” kata Pokokpangkal.
“Solution dia senang je kalau 20 tahun dulu, makan penampar mak dengan bapa,” ujar Hfzhsu.
Oleh itu, isu tersebut sepatutnya dijadikan pengajaran, kerana apa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak hari ini mencerminkan didikan yang diterimanya. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. — KL Viral
Baca juga: