Terkini

Driver ‘feeling’ Tokyo drift hampir ragut nyawa ibu dan bayi

SATU kemalangan jalan raya berlaku melibatkan dua buah kenderaan di Lebuhraya PLUS Utara-Selatan pada Ahad.

Video kemalangan tersebut telah tular di media sosial dan dipercayai mangsa yang berada di dalam kenderaan jenis Perodua Myvi itu merupakan dipandu oleh seorang wanita bersama bayi lelakinya.

Berdasarkan video tular berdurasi 1 minit 4 saat, memaparkan keadaan kereta Myvi remuk di bahagian belakang kanan kereta dan difahamkan ketika dilanggar oleh pemandu kereta Honda Civic, kereta mangsa terpusing dan berhenti menghadap lawan arus jalan raya.

Dalam masa sama, mangsa yang sempat merakamkan keadaan selepas pelanggaran, pemandu kereta Honda Civic itu yang merupakan seorang lelaki berbangsa Cina ibarat tidak mengaku atas kesalahannya.

Difahamkan, lelaki tersebut memandu dalam keadaan berbahaya sehingga hilang kawalan sebelum menukar laluan secara tiba-tiba dan telah mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Difahamkan, kereta tersebut telah hilang kawalan lalu merempuh Myvi yang dipandu oleh wanita terbabit, sebelum dikatakan kereta berkenaan hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan perasaan geram dan marah dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemandu itu.

“Setuju dengan polis untuk tangkap dan lokap pemandu bangang macam tu. Janganlah bawak macam nak berlumba sampai bahayakan nyawa orang lain,” kata Derick.

“Kalau kemalangan kereta dengan orang Cina boleh jadi putar beli laporan Polis, tiba-tiba boleh lepas dari tuduhan mahkamah,” kata Yaakov.

“Dalam kereta tu ada bayi kot, alhamdulillah semua selamat. Benda ni yang paling saya takut sangat sebab saya sendiri ada anak kecil. Kita dah bawa paling berhati-hati dah tapi bila tengok orang lain bawa macam takda hari esok laju dia,” kata Meera.

“Geram je dengar dia tanya ‘You selamat tak?’ Lepastu mangsa jawab kalau tak selamat macam mana? Baru terdiam dia tak tahu nak jawab apa,” kata Sani.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top